Format of introduction and conclusion.
Format pendahuluan dan konklusi.
Pendahuluan:
Skop, Isu, Kehendak
Pada era pascamodenisasi ini, ( ) semakin bermaharajalela dan kronik. Isu
tentang ( ) antara topik yang sering
kali dipolemikkan dalam media massa sama ada media cetak ataupun media
elektronik dan merupakan antara sektor yang diberikan perhatian serius pada
masa sekarang.
P: Kita harus menerima lumrah kehidupan behawa keruh di
muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa
takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. Oleh
itu, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, sebab musabab ( ) patutlah dikenal pasti dan diselidik
sehingga ke akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah kerana kalau tiada
angin masakan pokok bergoyang.
K: Maka, pihak-pihak yang terbabit patutlah sedar akan
implikasi-implikasi ekoran ( ) kerana
kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Untuk memperkukuh lagi penyataan
tersebut, kebaikan/pro dan keburukan/kontra ( ) yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan jelas dan terperinci demi manfaat bersama.
L: Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu berfikir secara
kritis dan mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini
kerana tiada ubat yang tiada penawarnya. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang
berbunyi, yang buruk dibuang dengan rundingan, yang baik ditarik dengan
muafakat. Justeru, inisiatif yang istiqamah dan jitu patutlah diimplementasikan
untuk membasmi ( ) selaras dengan
peribahasa sediakan payung sebelum hujan.
Tepuk dada tanya selera, kita
perlu cepu kepada otak dan terus bersipang dengan tanda tanya apakah ( )?
Dirungkaikan secara
matang & dileraikan secara bijaksana
Isi:
5W1H
P: Punca, Sebab, Kesan
K: Kesan, Kesan, Kesan
L: Langkah, Sebab, Contoh/Cara, Akibat, Rumusan
Penutup:
Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan
bahawa ( ). Namun demikian, usaha
daripada satu pihak sahaja tidak akan memanifestasikan impian untuk ( ) seperti yang dinyatakan dalam peribahasa
Melayu, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Justeru, sinergi daripada
semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi
memberntuk suatu anjakan paradigma yang berupaya menjamin kelangsungan hidup
bermasyarakat bebas daripada ( ).
Tugas pokok ini seyogianya digalas secara sehati sejiwa, senada seirama oleh
(pihak) agar kita tidak menemui jalan buntu. Strategi yang proaktif dan relevan
dengan kehendak zaman perlu diorakkan secara berterusan supaya cogan kata
“Negara Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” yang diuar-uarkan oleh mantan
Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir menjadi realiti, bukan fantasi
semata-mata seperti angan-angan Mat Jenin. Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa,
saya yakin dan percaya bahawa negara Malaysia akan duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi bersama negara-negara kelas pertama di persada antarabangsa
apabila ( ) berjaya diatasi.
Menyimpulkan isi,
kerjasama, peribahasa, harapan, masa depan.
No comments:
Post a Comment