Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts

Monday, December 8, 2014

Interchangeable words in essay/Kata Sinonim

Ciri
Aspek, Elemen, Ramuan, Resepi, Sifat, Kriteria
Peranan
Tanggungjawab, Kewajipan
Punca
Pencetus, Pendorong, Pengakibat, Faktor, Pokok pangkal, Penentu, Pemacu, Pemangkin, Potensi (Gara-gara – Disebabkan)
Masalah
Kekangan, Penghalang, Halangan, Kerenah
Kesan +ve
Manfaat, Maslahat, Kemaslahatan, Faedah, Kepentingan, Kelebihan, Kebaikan, Pro
Demikianlah betapa (           ) telah mendatangkan faedah yang selama ini tidak pernah terlintas dalam minda kita
Kesan
-ve
Kepincangan, Natijah, Kebejatan, Kemelut, Implikasi, Akibat, Impak, Dampak, Kontra
Langkah
Strategi, Pendekatan, Inisiatif, Prakarsa, Usaha, Tindakan, Langkah, Cara, Kaedah, Batu Loncatan, Instrumen
Penawar yang paling mujarab
Menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar
Prakarsa yang terancang dan pendekatan yang teratur


Patut
Harus, Hendak, Seyogia, Wajar, Beperanan, Berkewajipan, Betanggungjawab
Melaksanakan
mempraktikkan, menguatkuasakan, mengorakkan, mengimplementasikan
Membendung
memerangi, membasmi, memansuhkan, membanteras, mengikis, menghapus, membenam, mulupuskan, menangani, menyekat, mengecai, menghancur
Melahirkan
Menjanakan, mewujudkan, menzahirkan, menghidupkan kembali, membentuk, menghasilkan, menggerakkan, menyemarakkan
Meningkatkan
Menghidupkan, Menggiatkan, Memantapkan, Menmanjat, Memperbaik, Menaikkan, Melonjakkan, Mengandakan, Melipatgandakan, Memuncakkan, Menambah, Merancakkan, Memperkasakan, Memartabatkan
Merosot
Merudum, Jatuh, Menurun, Berkurang, Menjunam
Memusnahkan
Meranapkan, Memansuhkan, Membubarkan, Menghancurkan, Menlikwidasikan, Merosotkan,, Menghakiskan, Menanahkan, Memudaratkan, Melunturkan, Teruk
Terjerumus
Terjebak, Terlibat, Terbabit
Menjauhi
Menghindari
Komprehensif
Proaktif, Pragmatik, Progresif, Rapi, Holistik, Konkrit, Sistematik, Istiqamah- berterusan, Jitu – tepat, Relevan dengan keadaan zaman
Lestari
Mapan, Kekal
Keutamaan
Fokus, Menegaskan, Mengetengahkan, Menitikberatkan, Mementingkan
Diabaikan
Disisihkan, Dianaktirikan, Dipinggirkan, Dialpakan
Kerajaan
Bihak berwajib, Pihak berkuasa


Connectors, Penanda wacana

Penanda Wacana
1.       Permulaan
a)       Pada era globalisasi ini yg kian sarat dengan pancaroba moden
b)       Pada era yang serba moden dan kompleks dengan teknologi tinggi ini, pemikiran dan persepsi kita wajar sejajar dengan kecanggihan tersebut
c)       Pada era kontemporari/dunia tanpa sempadan/pascaperindustrian dan pascamodenisasi yang serba mencabar akal dan minda kita
d)       Pada alaf baru ini yang kian mencabar a
e)       Pada zaman pascakemerdekaan ini/ Sejak negara menikmati arus kemerdekaan
f)        Dalam mengharungi arus globalisasi/menempuh pawana globalisasi
g)       Dalam meniti arus kemodenan ini/ kehidupan pada marcapada/
h)       Dalam meniti dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
i)         Dasawarsa ini, sering meniti dari bibit ke bibit umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
j)        Sejak sedekad yang lalu/ Baru-baru ini/ Mutakhir ini/Akhir-akhir ini

2.       Isi
a)       Lebih-lebih lagi/ Seperkara lagi/Tambahan pula/Sementelahan
b)       Lantaran itu/Sebagai lanjutan daripada
c)       Jika kita tinjau drpd perspektif yang berbeza/sudut yg lain/drpd aspek (    ) pula
d)       Sehubungan dengan itu/rentetan itu/ Sementara itu

3.       Huraian
a)       Hal ini [terjadi/berlaku/demikian/lantaran kerana]/[disebabkan/diakibatkan oleh]/
[wujud akibat daripada/tercetus apabila/berpunca daripada]/
[tidak menghairankan kerana] / [memang memeranjatkan/membimbangkan kerana]
b)       Hal ini bersangkut-paut dengan
c)       Hal ini sememangnya telah
d)       Namun demikian, suatu hakitat yang tidak dapat dikesampingkan ialah
e)       Kita harus mengakui hakitat bahawa
f)        Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan/syak lagi
g)       (Langkah) bukan sahaja (kesan1) bahkan/malah (kesan 2)
bagai serampang dua mata/bagai sambil menyelam minum air
h)       Jika ... maka
i)         ... sekaligus ...
j)        ... sama ada ... mahupun
k)       Oleh itu/Oleh hal yang demikian/Oleh sebab itu
l)         Pada pandangan/hemat saya
m)     Jika ditelusuri dengan lebih terperinci lagi/diteliti dengan lebih mendalam,

4.       Contoh
a)       Tamsilnya/Tamsilannya/Misalnya/Contohnya/Sebagai analoginya
b)       Sebgaimana yang kita sedia maklum/ Contoh yang paling dekat dengan kita ialah
c)       Antaranya adalah seperti
d)       Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
e)       Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak
f)        Bukti jelas dan terkini yang berkatian dengan isu ini menunjukkan
g)       Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementrian... pada tahun ... yang menunjukkan bahawa sebanyak
5.       Peribahasa
a)       Senario ini persis dgn peribahasa Melayu/kata mutiara/kata orang tua-tua, yakni
b)       Hal ini seiring/serupa dengan/ Ibarat/Seperti/Umpama
c)       Orang tua-tua ada berpesan/ Kata orang yang bijak pandai/Bak kata pujangga
d)       Ingatlah peribahasa
e)       Seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu
f)        Amat betepatan dengan situasi semasa
g)       Hal ini bersesuaian dengan peribahasa/bertepatan dengan aforisme
h)       Sepotong peribahasa telah menyatakan (  ). Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif/menunjukkan bahawa

6.       Huraian contoh
a)       Maka
b)       Malah
c)       Seperti mana yang saya terangkan tadi
d)       Justeru, dapatlah dikatakan
e)       Jelaslah bahawa, Izharlah bahawa/Bukti yang konklusif menunjukkan
f)        Sejajar/Selaras dengan
g)       Memandangkan keadaan yang sedemikian
h)       Kesemua ini menyumbang kepada
i)         Daripada realiti ini dapatlah kita mengatakan bahawa
j)        Dalam konteks ini
k)       Bertitik-tolak daripada itu
l)         Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut
m)     Dengan meneliti contoh yang dikemukakan di atas, dapat kita menyimpulkan bahawa

7.       Pendapat berbeza
a)       Walau bagaimanapun/ Kontradiksinya
b)       Namun demikian/pada hakitatnya
c)       Kendatipun, Meskipun, Sugguhpun, Walakin begitu
d)       ... dan demikian juga sebaliknya
e)       Di sebalik itu
f)         (Pihak) (tindakan) sedangkan kita yang merupakan anak watan negara Malaysia ...

8.       Tutup
a)       Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa
b)       Tegasnya/Tuntasnya/Akhirulkalam/Ringkasnya/Iktisarnya
c)       Dengan kata lain
d)       Dengan ini, diharapkan bahawa
e)       Natijahnya
f)        Menyedari hakitat di atas
g)       Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan (  ) menjadi-jadi
h)       Jadi, (   ) menyebabkan masalah ini kian meruncing.
i)         Secara keseluruhan/ Pendek kata
j)        Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa

k)       Sebagai penutup bagi hujah-hujah yang telah saya kemukakan dan jelaskan, memang..

Bahasa Malaysia Karangan

Last year when I took my SPM, I put in so much effort into studying BM that I hate to see the resources wasted. I will be uploading some of the things I did to help myself in my BM essay writing.

Format of introduction and conclusion.
Format pendahuluan dan konklusi.

Pendahuluan:
Skop, Isu, Kehendak

     Pada era pascamodenisasi ini, (    ) semakin bermaharajalela dan kronik. Isu tentang (     ) antara topik yang sering kali dipolemikkan dalam media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik dan merupakan antara sektor yang diberikan perhatian serius pada masa sekarang.
P: Kita harus menerima lumrah kehidupan behawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. Oleh itu, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, sebab musabab (     ) patutlah dikenal pasti dan diselidik sehingga ke akar umbinya sebelum kemelut ini menjadi barah kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
K: Maka, pihak-pihak yang terbabit patutlah sedar akan implikasi-implikasi ekoran (     ) kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Untuk memperkukuh lagi penyataan tersebut, kebaikan/pro dan keburukan/kontra (     ) yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan jelas dan terperinci demi manfaat bersama.
L: Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu berfikir secara kritis dan mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini kerana tiada ubat yang tiada penawarnya. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, yang buruk dibuang dengan rundingan, yang baik ditarik dengan muafakat. Justeru, inisiatif yang istiqamah dan jitu patutlah diimplementasikan untuk membasmi (     ) selaras dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

Tepuk dada tanya selera, kita perlu cepu kepada otak dan terus bersipang dengan tanda tanya apakah (     )?

Dirungkaikan secara matang & dileraikan secara bijaksana

Isi:
5W1H
P: Punca, Sebab, Kesan
K: Kesan, Kesan, Kesan
L: Langkah, Sebab, Contoh/Cara, Akibat, Rumusan

Penutup:
      Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa (     ). Namun demikian, usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan memanifestasikan impian untuk (     ) seperti yang dinyatakan dalam peribahasa Melayu, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Justeru, sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi memberntuk suatu anjakan paradigma yang berupaya menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat bebas daripada (     ). Tugas pokok ini seyogianya digalas secara sehati sejiwa, senada seirama oleh (pihak) agar kita tidak menemui jalan buntu. Strategi yang proaktif dan relevan dengan kehendak zaman perlu diorakkan secara berterusan supaya cogan kata “Negara Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir menjadi realiti, bukan fantasi semata-mata seperti angan-angan Mat Jenin. Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, saya yakin dan percaya bahawa negara Malaysia akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama negara-negara kelas pertama di persada antarabangsa apabila (     ) berjaya diatasi.

Menyimpulkan isi, kerjasama, peribahasa, harapan, masa depan.