Monday, December 8, 2014

Connectors, Penanda wacana

Penanda Wacana
1.       Permulaan
a)       Pada era globalisasi ini yg kian sarat dengan pancaroba moden
b)       Pada era yang serba moden dan kompleks dengan teknologi tinggi ini, pemikiran dan persepsi kita wajar sejajar dengan kecanggihan tersebut
c)       Pada era kontemporari/dunia tanpa sempadan/pascaperindustrian dan pascamodenisasi yang serba mencabar akal dan minda kita
d)       Pada alaf baru ini yang kian mencabar a
e)       Pada zaman pascakemerdekaan ini/ Sejak negara menikmati arus kemerdekaan
f)        Dalam mengharungi arus globalisasi/menempuh pawana globalisasi
g)       Dalam meniti arus kemodenan ini/ kehidupan pada marcapada/
h)       Dalam meniti dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
i)         Dasawarsa ini, sering meniti dari bibit ke bibit umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
j)        Sejak sedekad yang lalu/ Baru-baru ini/ Mutakhir ini/Akhir-akhir ini

2.       Isi
a)       Lebih-lebih lagi/ Seperkara lagi/Tambahan pula/Sementelahan
b)       Lantaran itu/Sebagai lanjutan daripada
c)       Jika kita tinjau drpd perspektif yang berbeza/sudut yg lain/drpd aspek (    ) pula
d)       Sehubungan dengan itu/rentetan itu/ Sementara itu

3.       Huraian
a)       Hal ini [terjadi/berlaku/demikian/lantaran kerana]/[disebabkan/diakibatkan oleh]/
[wujud akibat daripada/tercetus apabila/berpunca daripada]/
[tidak menghairankan kerana] / [memang memeranjatkan/membimbangkan kerana]
b)       Hal ini bersangkut-paut dengan
c)       Hal ini sememangnya telah
d)       Namun demikian, suatu hakitat yang tidak dapat dikesampingkan ialah
e)       Kita harus mengakui hakitat bahawa
f)        Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan/syak lagi
g)       (Langkah) bukan sahaja (kesan1) bahkan/malah (kesan 2)
bagai serampang dua mata/bagai sambil menyelam minum air
h)       Jika ... maka
i)         ... sekaligus ...
j)        ... sama ada ... mahupun
k)       Oleh itu/Oleh hal yang demikian/Oleh sebab itu
l)         Pada pandangan/hemat saya
m)     Jika ditelusuri dengan lebih terperinci lagi/diteliti dengan lebih mendalam,

4.       Contoh
a)       Tamsilnya/Tamsilannya/Misalnya/Contohnya/Sebagai analoginya
b)       Sebgaimana yang kita sedia maklum/ Contoh yang paling dekat dengan kita ialah
c)       Antaranya adalah seperti
d)       Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
e)       Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak
f)        Bukti jelas dan terkini yang berkatian dengan isu ini menunjukkan
g)       Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementrian... pada tahun ... yang menunjukkan bahawa sebanyak
5.       Peribahasa
a)       Senario ini persis dgn peribahasa Melayu/kata mutiara/kata orang tua-tua, yakni
b)       Hal ini seiring/serupa dengan/ Ibarat/Seperti/Umpama
c)       Orang tua-tua ada berpesan/ Kata orang yang bijak pandai/Bak kata pujangga
d)       Ingatlah peribahasa
e)       Seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu
f)        Amat betepatan dengan situasi semasa
g)       Hal ini bersesuaian dengan peribahasa/bertepatan dengan aforisme
h)       Sepotong peribahasa telah menyatakan (  ). Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif/menunjukkan bahawa

6.       Huraian contoh
a)       Maka
b)       Malah
c)       Seperti mana yang saya terangkan tadi
d)       Justeru, dapatlah dikatakan
e)       Jelaslah bahawa, Izharlah bahawa/Bukti yang konklusif menunjukkan
f)        Sejajar/Selaras dengan
g)       Memandangkan keadaan yang sedemikian
h)       Kesemua ini menyumbang kepada
i)         Daripada realiti ini dapatlah kita mengatakan bahawa
j)        Dalam konteks ini
k)       Bertitik-tolak daripada itu
l)         Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut
m)     Dengan meneliti contoh yang dikemukakan di atas, dapat kita menyimpulkan bahawa

7.       Pendapat berbeza
a)       Walau bagaimanapun/ Kontradiksinya
b)       Namun demikian/pada hakitatnya
c)       Kendatipun, Meskipun, Sugguhpun, Walakin begitu
d)       ... dan demikian juga sebaliknya
e)       Di sebalik itu
f)         (Pihak) (tindakan) sedangkan kita yang merupakan anak watan negara Malaysia ...

8.       Tutup
a)       Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa
b)       Tegasnya/Tuntasnya/Akhirulkalam/Ringkasnya/Iktisarnya
c)       Dengan kata lain
d)       Dengan ini, diharapkan bahawa
e)       Natijahnya
f)        Menyedari hakitat di atas
g)       Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan (  ) menjadi-jadi
h)       Jadi, (   ) menyebabkan masalah ini kian meruncing.
i)         Secara keseluruhan/ Pendek kata
j)        Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa

k)       Sebagai penutup bagi hujah-hujah yang telah saya kemukakan dan jelaskan, memang..

No comments:

Post a Comment